Melewati hari-hari yang berlalu...
Membuatkan aku tersedar dari mimpi...
Hidup ini tidak selalunya...bahagia dan gembira...
Adakalanya tanpa disangka...dugaan sering melanda...
Dan menguji kesabaran hati seorang manusia...
Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar...
Ketabahan sering menjadi taruhan...
Kebahagian tidak selalu datang...
Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya..
Adakalanya aku seperti seekor burung...
Yang hilang arah tujuan...
Tetapi aku kembali sedar...
Yang aku perlu berani menghadapi liku-liku hidup
Dan cabaran yang mendatang...
Dan bukannya masih bermimpi...
Entah kenapa jiwa terasa kosong.Meskipun diisi dengan pengisian yang seharusnya mampu menenangkan jiwa tetapi masih tidak mengerti kenapa ia masih teras kosong.Melihat jauh kehadapan tentunya tidak mahu kekosongan jiwa menjadi penghalang untuk mengecapi kebahagiaan. Kenapa hidap perlu diuji dengan dugaan yang berat sebegini.Kadangkala terfikir kenapa diri ini yang menjadi pilihan.Adakah diri ini dilihat sebagai seorang manusia yang kuat dan kebal dalam melawan cabaran?
Kosong sungguh rasa hati ini.Tidak pernah terbayang diri ini akan terbungkam dalam kekosongan yang sebegini.Diri yang penuh ceria, gembira, sentiasa mengukir senyuman telah bertukar menjadi lesu, sedih dan sering termangu sendirian.Memikir dan terus memikir tentang bagaimana untuk mengubati kekosongan dan pedih yang mendalam.Jika diciptakan satu ubat yang dapat melenyapkan segala kenangan sudah pasti diri akan menelan ubat itu dan sudah pasti hidup akan dapat diteruskan seperti tiada apa yang berlaku.
Sungguh pahit menerima kenyataan bahawa diri seperti tiada makna dan sangat mudah dihina.Tiada kesalahan yang dilakukan tetapi masih diletakkan kesalahan di atas bahu ini yang tidak bersalah.Dan kadangkala pelik dengan diri ini mengapa masih memikirkan tentang kebahagiaan orang lain yang dibina atas kesengsaraan diri sendiri.Mengapa masih merindu meski tidak dirindui.Mengapa masih ingin memandang masa silam yang indah meski masa silam yang pahit sentiasa menghantui.Itulah jiwa.Bila kosong, tidak memikir dengan dalam.Walhal banyak lagi perkara penting yang perlu dikejar dan dihitung sebelum berakhirnya nafas yang terakhir itu.
Pernah
dinasihati bahawa diri perlu mengisi kekosongan itu dengan mengingati Yang
Esa.Sudah tentu Dia tidak pernah dilupakan.Dan setiap kali sujud kepada-Nya harapan
hanya satu.Harap Dia menunaikan hajat yakni diri ini mahu melupakan segala
kepahitan yang membuat kekosongan semakin menebal..melupakan sang dia yang
selama ini mengisi hidup suka dan duka...dan memberikan kekuatan di sepanjang
jalan hidup yang masih berbaki...
Sungguh kosong diri ini..
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
Habis madu sepah dibuang...
Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit...
Kata atuk,
KAWAN tu seperti air
Terus mengalir...
Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
Dipuja dan disanjung
Tapi nun jauh di sana...
Kata sedara,
KAWAN tu macam makanan,
KAWAN makan KAWAN!!!!
Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
Mengikut saje apa dikata...
Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
Bau je busuk tapi sedap dimakan...
Kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner...
walaupun dia
IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!!
Dia tetap KAWAN...
Tau tak sebab ape??
Sekali aku dah kawan ngan dia
Selamanye dia tetap kawan aku...
L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can
When I’m alone in my room. Sometimes I stare at the wall. Even though I love my girl..
Sometimes I’m not happy at all...
Too many petty fights...
Not enough trust in me...
All of these arguments...
Are driving me crazy...
Even when we make love...
I get bored easily...
Cause there’s no emotion behind...
What she’s doing to me...
Most of the time...
I give and don’t receive...
But still pleasing her...
Is something I still try to achieve...
Materialistic things...
Can sometimes fulfill my greed...
But only a woman’s pure...
Can fulfill my loving needs...
Sometimes I feel lonely...
Because the loving isn’t there...
All it takes is a touch of your love...
To show you really care...
Sometimes I think about running...
But I don’t have anywhere to go...
Sometimes my heart is not in it..
Sometimes my mind just goes with the flow...
The question that I’m asking...
For someone to make it known...
Should I wait around for her love???
Or be miserable alone???
Itz takes time to tackle a girl but itz takes a short time to break with a girl...
Yesterday is history...
Tomorrow is a mystery....
And today???
Today is a gift....
That`s why we call it the present...
Aku,
Di tepi limbungan ini
Mencari ketenangan minda, jiwa dan hati
Aku
Di limbungan ini
Mencari-cari
Di lautan yang tak putus bergelombang
Oleh kesibukan jentera-jenteranya.
Masih teruskah aku mencari?
Pada ruang angkasa
Yang diterangi kilauan cahaya berpesta?
Tersentak aku
Disentuh dingin angin
Mendakap minda, jiwa dan hati yang lara
Desiran dedaun mendendangkan lagu
Kicauan sang burung beririamakan merdu
Suara dan tawa manusia kegirangan
Di lelangit yang kosong
Bertemankan awan yang lembut
Sepintas kerdipan sang cakerawala
Terlukis lagi keindahan malam maya.
Aku tersenyum
Tenang kini kocakan minda
Terlerainya jiwa yang bergelora
Tenteramnya hati yang gundah
Lantas aku henti mencari
Ku kecapi sudah ketenangan
Melangkah pergi merempuh perjuangan
Dengan yakin dan pasti...
" Hari-hari yang berlalu,adalah saat biasa.Namun ia pasti bergolak,Jika ada halangan yang datang.Pun begitu,jika keadaan menjadi sukar kita harus bersabar,
Dan ia memberi kegembiraan,Bersyukurlah kerana setiap yang datang ada hikmahnya."
" Sekuat mana sekalipun,Engkau mengikat rambutmu,dan membiar Kesedihan dan kedukaan bergayut dihati,Dan jiwamu,pastinya masa lalu tidak akan berulang.Yang tinggal hanyalah secebis kenangan."
"Segala... masalah akan terurai,Dan menjadi mudah dengan hanya Senyuman dari seorang insan yang jujur..."
semoga link ini dapat memenuhi sedikit sebanyak kekosongan itu, amin ya rabb http://sambalterung.blogspot.com/2009/10/berita-dari-sarang.html read more
on Kekosongan...